Wednesday, August 26, 2009

JALAN PINTAS HUHU....
Di sini saya ada sediakan beberapa pintasan mudah yang pasti berguna terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Selamat Mencuba!
-Shut down-Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4
-Memilih FileUntuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada file Select All, Copy, Paste dan Save
-Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A,
-Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C,
-Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S.
-Untuk Un do tekan Ctrl + Z
-Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik
-Membuka satu tetingkap IE baruTekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.
-Menamakan (rename) sesuatu failCara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.
-Membuang fail tanpa ke Recycle BinUntuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.
TANDA DIJANGKITI VIRUS
Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
5 CARA VIRUS , SPYWARE, MALWARE SERANG KOMPUTER ANDA
1. E-mail Dengan membuka email saja, komputer anda boleh diserang…Lagi2 email yang disertakan dengan attachment..Secara amnya, Virus, Spyware atau Malware tidak boleh serang dengan hanya kita membaca email sahaja..Ia akan menyerang menyelinap masuk ke komputer anda melalui attachment yang disertakan..Anda buka, masuklah dia… he333..Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tak kenal delete jer….
2. DownloadAnda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu2 mp3 percuma, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman2 web yang menyediakan perkhidmatan download …Kemungkinan besar fail yang anda download tu mempunyai Virus, Spyware dan Malware..Pastikan fail yang anda download tu bukan lah dari 3 benda ini…Jika anda tergolong diantara mereka yang suka mendownload..
3. Klik Pada IklanSekarang ni banyak iklan yang ada…Iklan yang membuatkan anda teruja akan mengklik pada iklan tersebut pun ada..Hati2, bukan semua iklan itu benar…Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya..Contohnya SmartAntivirus 2009, baca artikel saya mengenai
SmartAntivirus 2009 ni…
4. Install Program Yang Tidak Boleh DipercayaiMemasang program seperti perisian aplikasi, games2 yang tidak tahu asal usulnya…Pastikan pengeluar program – program nie dari pengeluar – pengeluar yang boleh dipercayai…5. Melayari Laman Web Selalunya kebanyakkan laman web mengandungi banyak spyware.. Janganlah anda melayari laman web macam nie…


ni laaa aktiviti kami lau kak aku n abg ipar aku blik, mak abh pd bdk2 ni laaa....lau depa blik kami xdok umah jln jeee x tesco or gaint ni laaa tempat kami lepak ambil angin diwaktu ptg...huhu pe lagi aku posing je laaa ngn ank2 buah aku ni sebelah aku ni mohd firdaus yg sorang lg nurul najwa arisha (akak pd firdaus)....huhu ank buah bsr lagik dr mak langny(nama panggilan aku)...best gak laaa lepak2 kat sni tenang jeee otak ni ngn angin yg sepoi2 bahasa ni.....bah kata pkar sastera aku seperti daun2 melambai2 gitu...hehehehee pkar la sgt.......ha tulaaa ari cuti xdak laaa bosan sgt lau mcm ek.....so lau kwn2 nk ilang kn bosan try laaa cri tempat yg cmni...lau xdak sgt laut tu tepi parit (longkang) pn jadik laaa jnji ilangkn bosan or stress.......oppsss harus diingat jgn ada bau dh laaa lepak2 kat tepi kang dok shat2 elok2 tiba2 jatuh pengsan kena keracunan bau plak...hehehehehe so pe2 pn idup msti hepi......

ha lau nk cerita tntang bdak yg kat sblh smpai penuh page aku leh...tp aku cite serba skit je laaa....ni ank buah aku yg no.3. pehhh nkal sgt setiap kali nk berbuka puasa dia yg lbh dr org puasa...pening dibuatnya hari2 aku n mak bertempit ngn dia.....riyuh je mcm nk pecah rumah dibuatnya.....sahur pn sma...aku ingat pg2 buta senyap skit tenang laaa pala tp hakikatny sma jgak mcm berbuka...pg2 buta dh kna kuliah sbuh kat dia....huhu pening pala...nila laaa mohd firdaus(4thn) bdak yg nakal....pe2 pn dia la penyeri umh...mcm2 ragam dia yg kami sekeluarga terhibur....bdak2 ktakn mmg laaa nkal tu dh lumrah ek.....so sabar jeeee laaaaa

Thursday, August 20, 2009

keadaan aku di makmal sek di bulan Ramadhan yg membosankan.......
hai pe la yg perlu aku wat ek?????
nak xnak aku perlu tempoh laaa slama sebln berpuasa ni....hai mcm mkn gaji buta la plak....

Sunday, August 16, 2009

INDAHNYA WAKTU BERCINTA

engkau suka aku pun suka ke mana pergi pun tak apa yang penting jalan berdua naik bas, basikal pun takpa jalan tengah panas pun takpa sampai melecet ketiak jadinya semua suka tiada duka masa engkau suka aku pun suka durian yg engkau suka aku pun suka walaupun sebenarnya tak berapa suka petai yg engkau suka, aku pun telan juga walaupun nak terjegil biji mata kita sama-sama ketawa masa engkau suka aku pun suka Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga walaupun kau tak pernah makan sebelumnya masa engkau suka aku pun suka pakai apa pun tak pe baju merah tudung biru pun tak ape tudung kau senget aku kata takpe. gigi kena lipstik aku tak kisah juga engkau tetap cantik jelita masa engkau suka aku pun suka aku pakai apapun tak ape, lupa pakai tali pinggang pun tak ape, ????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/sepaku-cinta/14793-masa-bercinta.html T shirt koyak kat ketiak pun tak ape, Lupa cukur misai pun tak ape, Kau kata aku tetap handsome seadanya.


TROUBLESHOOT PC ANDA

MOTHERBOARD
Pengujian
1. Sambungkan bekalan kuasa, monitor dan kad display (tidak perlu sekiranya on-board) kepada motherboard. 2. Kad display yang digunakan adalah bergantung kepada jenis monitor yang digunakan samada VGA/SVGA dll. 3. Sambungkan kabel bekalan kuasa pada motherboard. (Pastikan wayar hitam bertemu hitam) 4. Kemudian sambungkan kabel bekalan kuasa monitor kepada bekalan kuasa dan kabel data monitor perlu disambungkan kepada kad display yang digunakan. 5. Untuk langkah keselamatan supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada motherboard, lapikkan motherboard dengan benda-benda berpenebat seperti kertas, plastik,papan dan sebagainya. 6. Akhir sekali setelah semuanya dipasang, ‘ON’kan suis bekalan kuasa. 7. Jika motherboard tersebut ‘OK’ monitor akan mengeluarkan image pada skrin. 8. Jika tidak, ia menunjukkan bahawa motherboard tersebut adalah rosak.
Troubleshooting
1. NO DISPLAY Biasanya keadaan ini adalah disebabkan oleh bateri leakage (cair). Kesan daripada bateri leakage ini menyebabkan litar menjadi putus dan menyebabkan ‘short circuit’ pada motherboard.
SOLUTION Mula-mula buka bateri supaya senang dilihat manakah litar yang putus disebabkan oleh cairan bateri tadi. Selepas itu, perlu mengikis kesan-kesan cairan pada litar-litar yang berkemungkinan telah putus supaya mudah diperiksa nanti. Untuk memastikan litar-litar yang dikikis tadi putus atau tidak, gunakan multimeter. Jika jarum multimeter menunjukkan bacaan menunjukkan litar tidak putus dan begitulah sebaliknya. Jika didapati litar putus, sambungkan kembali dengan menggunakan wayar ataupun apa-apa sahaja yang boleh mengalirkan arus pada litar. Setelah selesai memeriksa litar-litar tadi, gantikan bateri yang rosak dengan bateri yang baru. Kemudian buat pengujian kepada motherboard tersebut.
2. DISPLAY
RAM Error Biasanya paparan ini dihasilkan oleh komputer jenis XT. Keadaan ini disebabkan oleh RAM (64Mb/128Mb/256Mb) pada bahagian Bank ) telah rosak
SOLUTION Periksa semua RAM pada bahagian BANK 0 dan pastikan manakah yang rosak. Tukarkan RAM ini dengan yang baru.
3. DISPLAY
Memory Size Error Keadaan ini adalah disebabkan oleh nilai Cache Memory yang dimasukkan ke dalam ‘Setup’ adalah tidak betul mengikut nilai RAM yang digunakan.
SOLUTION Boot komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Tukar nilai Cache Memory kepada nilai yang betul. Contohnya 348 kepada 384. Save ‘Setup’ ini dan boot kembali komputer.
4. DISPLAY
Decreasing Available Memory Ini mungkin disebabkan oleh RAM chip terangkat, rosak atau SIMMs tidak dimasukkan dengan sempurna.
SOLUTION Periksa SIMMs samada ia dimasukkan dengan sempurna pada soketnya dan ganti jika perlu.
5. DISPLAY
Disket Drive 0 Track 0 Failed Konfigurasi sistem silap. Drive yang sepatutnya tidak sama dengan ‘Setup’. Ia mungkin juga kerana kabel drive tidak dipasangkan dengan betul.
SOLUTION Periksa ‘Setup’ dan pastikan drive yang betul telah dimasukkan pada konfigurasi. Kemudian periksa kabel drive sama ada ia dipasangkan dengan betul atau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.
6. DISPLAY
Gate A 20 Failure Keyboard XT telah dipasangkan dengan tidak sengaja pada sistem komputer AT. Ini akan mengeluarkan bunyi beep sekali yang nyaring.
SOLUTION Periksa suis yang terdapat dibawah keyboard dan setkkan kepada suis AT jika menggunkan komputer jenis AT. Jika display error yang sama masih ujud, maka gantikan dengan keyboard yang baru.
7. DISPLAY
No Timmer Tick Ini mungkin kerana litar ‘timmer’ rosak atau chip BIOS rosak atau mungkin juga kerana versi BIOS yang digunakan adalah versi lama.
SOLUTION Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan bantuan daripada dealer.
8. DISPLAY
[xxx] Optional ROM Bad Cheksum = [xxx] Kad-kad BIOS tertentu mungkin rosak
SOLUTION Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menukarkannya dengan yang baru.
9. DISPLAY
Non System Disk OR Disk Failure Ini disebabkan oleh komputer membaca sistem bootign dari Drive A dan didapati tiada sistem boot didalamnya.
SOLUTION Keluarkan disket dari Drive A dan ‘press any key to continue’. Sistem akan terus boot daripada Hard Disk.
10. DISPLAY
Error Code [xxx]
[xxx] – mewakili komponen-komponen yang perlu diperiksa dan berkemungkinan rosak. Jadual di bawah menunjukkan kod-kod yang mewakili komponen-komponen tersebut
Kod Kesalahan Komponen yang perlu diperiksa 101-199 System Board 201-299 RAM 301-399 Keyboard 601-699 Floppy Drive 901-999 Printer 1101-1199 Serial Port 1701-1799 Hard Disk
SOLUTION
Periksa kesemua komponen-komponen mengikut kod-kod yang dipaparkan pada skrin. Pastikan bahawa komponen-komponen ini disambungkan dengan betul pada tempatnya, komponen tidak terangkat daripada motherboard, wayar bekalan kuasa disambungkan pada komponen yang memerlukan bekalan kuasa dan lain-lain lagi.

11. SOUND
Beep kedengaran daripada speaker. Bunyi beep ini membawa makna-makna yang tertentu bagi menentukan komponen-komponen mana yang berkemungkinan rosak.
Jadual dibawah menunjukkan bilangan ‘beep’ dan komponen-komponen yang perlu diperiksa:-
Bilangan bunyi ‘Beep’ Komponen yang perlu diperiksa
1-4 Memory 5 CPU 6 Keyboard 7 CPU 8 Video Card 9 BIOS 10 CMOS 11 Cache Memory
SOLUTION
* Sama seperti langkah 10.
Kecuali pada komponen-koponen Memory, Cache Memory, CMOS dan BIOS. Perlu boot kembali komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Pastikan kesemua komponen ini telah disetkan dengan nilai-nilai yang betul mengikut specifikasi yang terdapat di dalam manual motherboard.

BEKALAN KUASA
Troubleshooting
SYMPTOM 1 : Talian kuasa ‘BLACKOUT’ Faktor : Guruh atau dipanah petir
SOLUTION 1. Tutup unit bekalan kuasa. 2. Cabut plug daripada soketnya. 3. Tunggu beberapa minit setelah kuasa kembali pulih sebelum menghidupkan semula unit bekalan kuasa.
SYMPTOM 2 : Sistem komputer ‘BLACKOUT’. Tiada bekalan kuasa pada mana-mana bahagian. Faktor : Fius terbuka Perintang penghad rosak Transistor rosak Rektifier Diod rosak Litar utama terbuka pada transformer utama Faktor Utama adalah berlaku litar pintas atau komponen-komponen terlalu panas.
Pastikan : Adakah semua kabel dimasukkan dengan betul? Apakah suis telah di ‘ON’ kan?
SOLUTION 1. Cari punca yang menyebabkan berlakunya pintasan dan buang. 2. Gantikan komponen-komponen yang rosak dengan yang baru.
SYMPTOM 3 : Voltan keluaran yang rendah. Faktor : Litar Rektifier Diod terputus Diod berintangan tinggi Kapasitor penapis litar terbuka Rektifier Diod rosak Transformer terlalu panas
SOLUTION 1. Cari komponen-komponen yang rosak dengan mengguna Multimeter/Huntron Traker. 2. Gantikan dengan komponen-komponen yang baru.
SYMPTOM 4 : Keluaran Voltan DC lebih tinggi dari kebiasaan. Faktor : Kerosakan pada litar Regulator.
SOLUTION 1. Periksa IC TL494, transistor-transitor dan diod-diod pada lita Regulator.

MONITOR
Troubleshooting
Jenis kerosakan: Gambar menjadi kembang mengikut arah menegak. Cara membaiki: Kerosakan begini selalunya disebabkan oleh perintang bolehubah yang digunakan sebagai pelaras Vertical Hold rosak. Jika perintang ini elok berkemungkinan komponen-komponen yang terdapat pada bahagian Vertical Hold telah lekang daaripada papan litar utama.
Jenis kerosakan: Gambar menjadi kembang mengikut arah melintang.
Cara membaiki: Keadaan ini mungkin disebabkan oleh komponen-komponen yang terdapat pada bahagian Horizontal Hold telah lekang daripada litarnya. Periksa semua komponen yang terdapat pada bahagian ini dan paterikan kembali jika didapati ia lekang.
Jenis kerosakan: Gambar menjadi terlalu cerah atau kuning.
Cara membaiki: Keadaan ini dapat diatasi dengan melaraskan kawalan ‘screen’ pada ‘transformer flyback’. Kerosakan mungkin berlaku pada sekitar transformer ini terutama sekali perintang. Jikalau tidak, kerosakan mungkin disebabkan oleh perintang kawalan pada bahagian ‘brightness’ ataupun ‘contrast’ telah rosak.
Jenis kerosakan: Bila suis monitor di’on’kan dalam masa beberapa minit, maklumat atau data mengecut menyebabkan layar terus gelap.
Cara membaiki: Jika berlaku begini, biasanya terdapat komponen sekitar bekalan kuasa sangat tinggi (transformer flyback) rosak. Kerosakan mungkin berlaku pada kapasitor. Ia juga mungkin disebabkan oleh transistor yang tidak tahan dengan kepanasan rosak. Periksa dengan menggunakan multimeter/Huntron Tracker. Biasanya kerosakan ini sering berlaku pada monitor jenis INTRA yang usianya telah tua.
Jenis kerosakan: Bila monitor di’ON’kan terdapat garis putih mendatar (mengufuk) pada skrin tetapi data tidak keluar.
Cara membaiki: Kerosakan ini berlaku pada Litar Bersepadu (IC) TDA 1170N atau TEA 2017 iaitu bahagian Sync. Separator (Pemisah Penyegerak). Gunakan Huntrton Tracker untuk menguji IC ini. Bahagian ‘Sync Separator’ biasanya menggunakan IC TDA 1170N atau TEA 2017. berkemungkinan juga berlaku kerosakan pada komponen-komponen lain di sekitar IC ini seperti transistor dan perintang.
Jenis kerosakan: Bila ‘ON’ suis, monitor mengeluarkan asap ataupun meletup.
Cara membaiki: Kerosakan jenis ini adalah paling bahaya kerana ia akan mengakibaatkan berlakunya litar pintas pada mana-mana bahagian board monitor. Ia adalah disebabkan oleh track yang short di antara satu sama lain ataupun track telah putus dan short dengan komponen lain. Kerosakan ini sememangnya mudah dikesan kerana bahagian yang short akan kelihatan hitam seperti telah terbakar. Periksa track manakah yang telah putus dan short, kemudian sambungkannya kembali. Perlu juga memeriksa komponen-komponen di sekitar kawasan terbakar samada rosak/tidak. Sekiranya didapati rosak gantikannya dengan yang baru.
Jenis kerosakan: Tompokon-tompokan warna yang tidak sekata pada layar monitor.
Cara membaiki: Keadaan ini adalah disebabkan oleh ‘magnetic field’nya yang tidak sekata. Dapat dibailki dengan menggunakan sejenis alat electromagnet. Apabila hendak menggunakan alat ini sambungkannya terlebih dahulu kepada bekalan kuasa 240 a.u. (ulang-alik). Jika tidak disambungkan kepada bekalan kuasa, alat ini tidak akan berfungsi. Alat ini hendaklah dipusingkan di hadapan layar monitor semasa monitor dalam keadaan suis ‘ON’. Pusingan ini hendaklah dilakukan sehingga warna tompokan pada monitor menjadi sekata kembali. Selain itu besi magnet juga boleh digunakan.

KEYBOARD
Cara-cara Servis Keyboard
- Mula-mula buka casing yang mengikat kekunci (key) dengan cara membuka skru pada bahagian belakang keyboard. - Cuci casing tadi dengan menggunakan spray cleaner. - Selepas itu bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar tersebut. - Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan cuci dengan menggunakan spray cleaner. - Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu dengan menggunakan pemutar skru ataupun test pen. - Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard dengan menggunakan Spray Video 90. - Akhir sekali pasangkan kembali casing keyboard dengan mengetatkan kembali skru yang dibuka.
Jenis-jenis Kerosakan Pada Papan Kekunci (Keyboard)
- Antara kerosakan pada papan kekunci yang biasa ditemui ialah kekunci tidak dapat

berfungsi.
- Kerosakan seterusnya ialah papan kekunci tersebut seolah-olah gila, iaitu ia
mengeluarkan bentuk-bentuk yang tidak difahami atau berlainan daripada apa
yang ditaip ke atas papan kekunci. - Ini adalah kerana BIOS CHIP dalam papan
kekunci tersebut mengalami kerosakan dan keadaan ini tidak dapat dibaiki kerana tidak mempunyai alat ganti.
Mengesan Kerosakan Kekunci dengan Menggunakan Multimeter
Langkah-langkah mengesan kerosakan kekunci dengan menggunakan multimeter ialah:-
a) Buka casing papan kekunci. Laraskan julat multimeter pada julat ohm x 10 ohm.

Kemudian letakkan wayar probe multimeter pada kedua-dua kaki kekunci
yang dikhuatiri rosak.
b) Jika kekunci dalam keadaan baik, Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter akan
bergerak ke kanan dan apabila kekunci tidak ditekan, penunjuk multimeter kekal dalam
keadaan infiniti.
c) Jika kekunci dalam keadaan tidak baik atau rosak, Bila kita menekan kekunci, penunjuk
multimeter kekal pada keadaan inifiniti dan bila kita tidak menekan kekunci penunjuk
multimeter juga dalam kedaan yang sama.
d) Jika sekiranya kekunci mengalami kerosakan, gantikan kekunci tersebut dengan yang
baru.

Cara-cara untuk Menjaga Keyboard
Terdapat banyak cara untuk menjaga keyboard supaya ia terhindar daripada sebarang kerosakan. Antaranya termasuklah seperti:-

- Elakkan satu tabiat yang tidak baik iaitu merokok semasa menggunakan komputer.
- Buat ujian dengan menggunakan satu software khas iaitu software Qaplus untuk
mengesan kekunci manakah yang kurang baik dan baiki jika kekunci didapati rosak.
- Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup keyboard.
- Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.
- Semasa membuat pembersihan pada keyboard, keyboard hendaklah diterbalikkan
supaya segala bendasing yang terdapat di dalam atau celah-celah kekunci jatuh.
Troubleshooting
Jenis kerosakan: Sebahagian kekunci mengeluarkan aksara yang salah. Komputer tersalah membaca fail yang betul. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh kecuaian semasa membuat upgraded dari satu DOS version ke DOS version yang lain.
Jenis kerosakan: Paparan skrin ‘Check Keyboard dan Mouse’. Paparan ini adalah bukan satu kerosakan kerana ia terjadi kerana komputer gagal mencari kod-kod yang yang membolehkan ia mengesan keyboard dan mouse. Paparan di atas juga akan kelihatan sekiranya penguna salah meng’set’kan keyboard AT dengan keyboard XT. Ia juga terjadi disebabkan port untuk keyboard dipasang terbalik. Namun sekiranya keyboard boleh digunakan tanpa masalah, paparan ini boleh diabaikan.
Jenis kerosakan: Satu huruf atau nombor (aksara) terus dipaparkan pada komputer apabila sistem dihidupkan. Mungkin disebabkan oleh kekunci tersebut sentiasa tertekan pada keyboard.
Cara membaiki:
- Buka casing keyboard.
- Cuci bahagian dalam keyboard dan vakum habuk-habuk yang terdapat di dalamnya
sehingga bersih.
- Jika terdapat key yang rosak, buat gantian dengan key yang baru.
- Akhir sekali uji keyboard tersebut.
Jenis kerosakan:
Tiada nyalaan LED Num Lock, Caps Lock dan Scroll Lock. Cara membaiki:
- Mula-mula periksa kabel yang menghubungkan keyboard dengan komputer.
- Periksa connector yang menyambungkan komputer dengan keyboard kerana
berkemungkinan connector itu longgar.
- Jika connector longgar, cuba ketatkan.
- Jika tiada perubahan berlaku, cuba tukar keyboard tadi dengan keyboard yang baru.
- Jika keyboard baru juga mengalami masalah yang sama berkemungkinan:-
i) Bekalan +5 VDC mengalami kerosakan.
ii) Bahagian dalaman komputer rosak.
Jenis kerosakan:
Semua kekunci mengeluarkan aksara salah apabila ditekan. Kerosakan ini boleh diuji dengan membuat perbandingan dengan keyboard yang baru. Jika keyboard baru berfungsi dengan baik, maka keyboard lama mungkin mengalami kerosakan pada bahagian dalamannya.

HARD DISK
Troubleshooting
Cara-cara Format Hard Disk
Sebelum melakukan format ke atas hard disk, pastikan terlebih dahulu bahawa di dalam hard disk tersebut tersebut tiudak terdapat data ataupun data telah dipindahkan kepada cakera keras yang lain. Biasanya hard disk di ‘format’ lain sekiranya ia diserang virus. Terdapat beberapa cara untuk melakukan format antaranya:-
1. Menggunakan program DEBUG.
2. Menggunakan program FDISK ( Low level format )

Format Menggunakan program DEBUG
- Mula-mula pasangkan dengan lengkap Hard Disk yang hendak diformat pada satu set komputer yang lengkap.
- Kemudian ‘Boot’kan komputer dengan mengguakan disket yang mempunyai sistem booting di dalamnya.
- Taipkan arahan DEBUG pada A:\> prompt dan tekan ENTER
A:\> DEBUG
- Selepas itu dibawah arahan ini taipkan seperti beikut:-
A:\> DEBUG - g=c800:5 Tekan ENTER
- Selepas keluar arahan RETURN tekan ENTER sekali lagi.
- Apabila keluar arahan Y/N, kita perlu pilih/tekan ‘N’ - Hard Disk tersebut akan mula
diformat.
Format Menggunakan program FDISK (Low Level Format)
- Mula-mula ‘set’kan sistem ‘booting’ kepada drive A: dengan cara memasuki ‘Setup’.
- Kemudian ‘boot’kan komputer tersebut dengan menggunakan disket yang mempunyai sistem ‘booting’ di dalamnya sehingga keluar A:/>. - Pada A:\> taipkan seperti berikut:-
A:\> FDISK Tekan ENTER
- Menu seperti berikut akan dipaparkan pada skrin:-
Choose one of the following:-
1. Create DOS partition or Logical DOS Drive.
2. Set active partition.
3. Delete partition or Logical DOS Drive.
4. Display partition information.
ENTER Choice : [x]
- Pilih ‘4’ dan tekan ENTER untuk melihat partition-partition yang terdapat didalam hard
disk.
- Setelah pasti partition mana yang hendak di padamkan (delete), pilih ‘3’ dan tekan ENTER untuk memadamkan partition tersebut.
- Kekalkan partition mana yang tidak mahu di padamkan.
- Kemudian pilih ‘1’ (Create DOS partition) untuk membina semula partition yang dipadam
tadi dan juga untuk membolehkan komputer ini ‘boot’ dengan sendirinya tanpa
menggunakan disket.
- Komputer akan RESTART dengan sendirinya selepas arahan ini.
- Untuk format hard disk, masukkan disket yang mempunyai arahan format ke dalam drive A
dan mulakan format dengan menaip arahan seperti berikut:-
A:\> format c:/s/v
- Kemudian satu arahan untuk kepastian akan dipaparkan pada skrin. Pilih ‘Y’ untuk meneruskan arahan format ataupun ‘N’ sekiranya tidak mahu format hard disk tersebut.


LINDUNGI PC DARI VIRUS

Ialah sebuah program yang boleh menjangkiti lain-lain program komputer dengan mengubahsuai diri mereka seperti menyalin diri mereka sendiri. Bagaimanapun sesebuah program yang tidak menyebabkan kerosakan tidak ketara (seperti menghapuskan dan merosakkan fail) juga dianggap sebagai 'Virus'. Kerapkali penggunaan istilah 'Virus Komputer' akan merujuk kepada program perisian yang cuba menyembunyikan dan cuba menjangkiti fail lain dan komputer dengan sebanyak mungkin. Sesetengah orang berfikir virus mungkin tidak akan merebak dengan teruk pada komputer mereka.Namun statistik menunjukkan bahawa adalah tidak bijak jika kita mengabaikan atau tersalah jangka terhadap potensi sebenar virus boleh menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki kerugian dari segi kewangan.

JENIS-JENIS VIRUS
Pada asasnya tanpa merujuk kepada sifat-sifat teknikal secara terperinci virus terbahagi kepada tiga kategori iaitu : Virus boot, Virus fail dan Virus makro Ketiga-tiga virus itu mempunyai persamaan yang boleh mendatangkan bahaya namun terdapat juga perbezaan yang penting dikalangan mereka.
VIRUS BOOT
Virus jenis ini menjangkiti sektor boot (boot sector) di dalam disket (floppy disk) dan sama ada Master Boot Record (MBR), sektor sekatan (Partition Sector) DOS Boot Record atau sector boot DOS pada cakera keras. Satu-satunya cara virus menjangkiti sesebuah komputer ialah apabila cakera yang dijangkiti itu dibootkan. Setelah cakera yang dijangkiti digunakan untuk menbootkan komputer, bahkan jika ia melibatkan sebuah cakera yang tidak boleh dibootkan, virus itu masih lagi menjangkiti komputer. Setelah cakera itu dijangkiti virus setiap kali komputer dihidupkan virus akna aktif dan dalam kebanyakan kes berlaku jangkitan semula pada disket-disket yang diakses oleh komputer. Virus jenis boot telah menyumbang kepada majoriti jangkitan komputer virus di seluruh dunia seperti dilaporkan oleh penemuan penyelidikan yang diterbitkan oleh Virus Bulletin, Jernal Industri sehinggalah kemunculan Virus Makro pada tahun 1995.
VIRUS FAIL
Kebanyakan virus menjangkiti fail-fail pelaksanaan (Executables) yang memiliki sumbangan seperti COM dan EXE. Virus ini hanya aktif apabila fail yang dijangkiti itu dijalankan (run). Setelah fail tersebut dijalankan dalam kebanyakan kes virus itu akan mengawal dan memulakan proses jangkitannya. Sesetengah virus yang bersifat 'Bestari' akan segera mencari fail-fail untuk dijangkiti. Ia dipanggil sebagai virus Non-TSR. Virus TSR yang merebak dengan banyak akan menempatkan diri mereka di dalam memori dan menjangkiti setiap fail yang diakses atau kadangkala berlaku secara rawak. Satu contoh terbaik bagi virus fail yang terkenal ialah Die-Hard 2(DH2). Virus Fail tidak seperti Virus Boot kerana ia dipindahkan melalui sesebuah sistem rangkain. Bahkan dalam masa beberapa jam atau minit, ia boleh merebak melalui keseluruhan rangkaian organisasi.
VIRUS MAKRO
Kemunculan virus Makro pada suku tahun 1995, telah merubah senario keseluruhan perkembangan virus. Dalam masa dua tahun, bilangan jangkitan Virus Makro telah mencapai ketahap perlu dicegah dan pada ketika ini agak mustahil untuk menganggarkan jumlah keseluruhan jangkitan. Dalam masa sekurang-kurangnya setahun yang lepas, peratus jangkitan virus masih lagi mengekalkan angka yang tertinggi di seluruh dunia. Walaupun terdapat laporan kes tentang Virus Makro yang menjangkiti Amipro dan WordPerfect, tetapi 99.9% daripadanya didapati menyerang dokumen Microsoft Word dan hamparan kerja Microsoft Excel. Virus Makro tidak bergantung kepada sistem pengoperasian (OS) seperti Virus Fail atau Virus Boot. Kebergantungan terhadao OS bermakna bahawa virus tersebut hanya boleh dijngkiti apabila ia dijalankan di bawah sistem pengoperasian tertentu seperti MS DOS,MS Windows dan sebagainya. Sebagai contoh Virus Makro adalah bergantung kepada perisian aplikasi tertentu. Virus Makro bagi aplikasi Wors boleh memperluaskan pengaruhnya di dalam DOS, Windows 3.x, Windows 95, Windows NT, atau Macintosh selagi aplikasi MS OFFICE masih dijalankan. Dengan berkongsi dokumen atau hamparan kerja daripada aplikasi MS Word dan MS Excel, Virus Makro boleh dipindahkan di seluruh rangkaian bahkan di seluruh dunia dengan penembusan melalui internet dan ia boleh merebak umpama kebakaran yang tidak terkawal.
Nama-nama seperti BackDoor-G, Pretty Park, Worm.ExploreZip, Melissa dan CIH bukanlah nama sebuah kumpulan rap atau pop tetapi nama-nama virus generasi baru yang muncul dengan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Marilah kita kenali secara ringkas virus-virus yang telah muncul sejak bulan Mac 1999 dan menggunakan Internet serta emel untuk menyebarkan jangkitannya.
Worm.ExploreZip
Virus ini juga dikenali sebagai “doozy” dan ia mula dikesan oleh para pekerja Microsoft, Intel dan Syemantec bulan lalu. Virus ini dipindahkan dengan menggunakan fail ZIP yang dihantar menerusi emel di mana ia akan menjangkiti komputer setelah ia dibuka. Jika anda mendapat sebuah emel dengan mesej "Got your email. I'll reply ASAP. Until then, here's the zipped documents.", anda hendaklah terus membuang fail ini.
Worm.ExploreZip akan merebak menerusi ciri-ciri automasi dalam program emel Microsoft Outlook. Virus ini menyerupai virus Melissa yang dikesan pada bulan Mac lalu. Ia akan memadamkan fail-fail dokumen perisian-perisian Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint. Virus ini merebak dengan perlahan tetapi mampu melakukan kerosakan besar.
CIH
Versi pertama virus ini muncul pada Jun 1998 dan dipercayai berasal daripada Taiwan. Versi terbaru virus ini muncul pada 26hb April 1999 dan telah berjaya merosakkan lebih sejuta buah komputer di seluruh dunia terutamanya di Asia seperti China, Taiwan, Malaysia, Singapore, Japan dan India. CIH telah ditulis di Taiwan oleh seorang pelajar bernama Chen Ing-hau berusia 24 tahun.
Virus melakukan kerosakan dengan memadamkan semua fail dalam cakera keras dan merosakkan komputer. Ramai pengguna tempatan yang terkena virus CIH ini berasa amat marah dan sedih kerana komputer mereka telah rosak akibat daripada perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab. Contohnya seorang pelajar di IPTA tempatan telah menelefon saya dalam keadaan sedih yang teramat akibat kelihatan tesisnya yang 95% siap daripada komputer yang digunakannya.
Melissa
Melissa menjangkiti sebuah PC dengan mencuba untuk membuka perisian Microsoft Outlook dan menghantar sebuah salinan emel kepada 50 orang yang terdapat dalam buku alamat pengguna. Ia akan memuarkan mesej seperti "Important Message from [username]." The message it sends reads: Here is that document you asked for ... don't show anyone else. ;)”.
Virus ini akan disebarkan menerusi sebuah fail list.doc yang mengandungi senarai laman Web lucah. Jika fail itu dibuka maka secara automatik komputer itu akan dijangkiti dan mencari Outlook untuk menjalankan tugas jahatnya.
BackDoor-G
BackDoor-G adalah sebuah aturcara Trojan yang dihantar melalui Internet menerusi spam emel dan ia dipindahkan dalam format program “screensaver”. Jika program ini dijalankan maka komputer itu boleh dicapai dan dicerobohi oleh pengguna yang tidak dibenarkan. BackDoor-G akan menjangkiti komputer yang menggunakan Windows dan ia tidak boleh dikesan oleh pengguna. Aturcara ini juga mampu menukar nama failnya dan bersembunyi daripada pengesanan perisian antivirus.
Pretty Park
Pretty Park disebarkan menerusi emel di mana virus itu akan bercantum kepada koleksi alamat dalam fail Microsoft Outlook. Seterusnya ia akan mencuri maklumat seperti nombor telefon, kata laluan dan maklumat penting yang lain mengenai komputer pengguna itu dan dihantarkan kepada sebuah tapak borak Internet.
Menghapuskan virus
Untuk menghapuskan virus anda boleh mendapatkan sebarang perisian antivirus yang terkenal. Seperti Norton Antivirus 7.0, McAfee Virusscan 6.0, Innoculate 1, Dr. Solomon’s Antivirus, PC-Cilin 2002 dan Armour. Anda hendaklah pastikan bahawa perisian antivirus anda sering dikemaskini untuk mendapatkan senarai virus terbaru. Anda juga hendaklah sentiasa menuruti perkembangan virus dan perisian antivirus bagi melengkapkan diri anda jika mendapat berita serangan yang bakal berlaku seperti yang dilakukan oleh virus CIH. Selain daripada perisian-perisian di atas anda juga boleh mendapatkan program pembersih virus seperti CleanCIH dan ExploreZIP Worm Cleaner 1.0 daripada laman-laman Web seperti
www.download.com dan www.filemine.com.
kenangan aku semasa kursus induksi kursus anjuran JPM di Glory Beach Resort.Port Dickson negeri sembilan tempoh hari...huhu letih giler tp best sgt dapat hilangkan tension, dapat kawan2 baru....so pasni aku leh la conform sebagai penjawat awam yg berintergiti laaa kononnyaaa....hehe
ni laaa antara koleksi kasut aku...selama ini aku rasa tidak penah cukup atau puas untuk membeli...so mak aku selalu bising....tah laaa aku mmg xpuas dan ingin mencuba kasut yg baru setiap kali aku keluar shopping mata aku asyik melihat koleksi kasut jeee....kalau ada yg berkenan so tanpa pikir pnjang aku beli je....pe2 pn yg penting ada money...lau xdak senyap jeee laaaa tahan mata sekadar jamu mata pn jadik laaaa....
huhu....kenangan sewaktu mendapat segulung diploma pengajar vokasional (Tek.Kej Telekomunikasi) dari CIAST (nov 2007)....kononnya diploma pengajar tapi hakikatnya tuhan saja yg tahu....tp aku bersyukur setidak-tidaknya tuhan masih memberikan rezeki walaupun sebagai doktor PC....so bermulalah aku belajar erti bersyukur dan redha dengan ketentuan illahi....dan aku perlu belajar ilmu baru yg sebelum ini aku tidak pernah terdetik disudut hati kecil aku bahawa suatu hari nanti aku boleh menguasai ilmu komputer sepertimana yg aku alami sekarang....
Alhamdulillah....aku bersyukur diatasi rezeki yg engkau kurniakan kepada aku YAALLAH...
hehe...ha nilah sweet car aku yg pertama aku miliki setelah aku bekerja sebagai juruteknik komputer.Kemana jua aku pergi dia yg selalu teman aku. Umurnya pun sudah hampir 2 tahun.



Friday, August 14, 2009

TIP JAGA MATA
- Seringlah mengusap kedua-dua tapak tangan ke mata,ketika mata terasa letih.
- Jangan paksa mata utk trs bekerja jika sudah terasa letih.
- Seringlah mengistirahatkan mata jika seharian terpaksa bekerja didepan komputer.
- Usap atau sapu mata dgn air bersih ketika bangun dari tidur.
- Perbanyakan pengambilan vitamin A.
Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."



12 cara untuk kekal bercinta
Jaga penampilan diri
Ikhlas dlm memulakan perhubungan
Berikan pujian dgn ikhlas
Tunjukan sikap mengambil berat tentang pasangan
Jgn bersikap sombong
Memberi peluang utk membetulkan keadaan
Hormati ego pasangan kamu
Berbincang setiap masalah dgn fikiran terbuka
Gunakan daya pujuk utk menangani pasangan utk memujuk
Lakukan aktiviti beriadah bersama-sama utk eratkan hubungan.
ooppss....hati-hati
tanda si dia ada ' orang lain '
  • Sering mencipta pergaduhan
  • Menjarakan diri dan sukar diajak berkomunikasi
  • Terlalu mementingkan soal penampilan diri sendiri
  • Mengubah kebiasaannya
  • Suka memancing hati kamu dgn membelikan hadiah yg sblm ini jarang dilakukan
  • Jarang dirumah
  • Banyak berahsia.
COKLAT
KESIHATAN DAN SEKS
emm...coklat bukan sahaja gemar dinikmati oleh si anak kecil. khabarnya, coklat banyak memberi kebaikan kesihatan, kecantikan dan ghairah orang dewasa? sebab itulah coklat seringmenjadi hadiah utk org yg tersyg pd hari-hari tertntu. Mengapa coklat dijadikan sebagai lambangcinta???
Apa kandungan zat yg terdptt di dlmnya sehingga ' makanan zat' ini digemari ramai??? Adakah coklat ini blh dilabelkan sbg makanan menyihatkan atau sebaliknya?????
ok kita terjah makanan ini
  1. Coklat untuk ghairah seks- Alasan mengapa orang memberikan coklat buat org tersyg krn coklatsering dianggap sbg makanan cinta. Mungkin ini disbbkan oleh teksturnya yg lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dlm mulut. Ini memberikan kesan sensual bg org yg menikmatinya. selain itu, coklat dpt memberikan kesan nyaman,rileks dan dpt meningkatkan ghairah seksual.

  2. Coklat utk kesihatan-Coklatdgn kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan utk kesihatan,kerana coklat kaya dgn kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid. Dgn adanya antioksiada,ia mampu menangkap radikal bebas dlm tubuh.Fenol sbg antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dlm darah hingga mmpu kurangkan risiko terkena serangan jantung dan membantu mencegah kanser dlmtubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.

  3. Coklat itu menenangkan-Rasa tenang yg timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan shj.Malah mengandungiratusan zat yg memungkinkannya terjadiny reaksi kimia diotak. Zat-zat inilah yg mengalirkan perasaan tenang dlm diri individu. selain itu, zat terbyk yg terkandung dlm coklat adlh theobromine yg dpt mensimulasikan jaringan saraf dan jantung yg membuatkan kamu terjg dan bersemangat. Kesan ini jg blh diperolehi dr kafein pd kopi atau teh. Maanfaat lainny, ia jg blh membantu meredakan batuk.

  4. Coklat utk kesihatan-Kebaikan lain dr itu adalah utk kecantikan. Kandungan antioksida yg ada dlmnya dpt mencegah penuaan awl. Maka tidak hairanlah jika hari ini wujud satu kaedah baru dlm dunia kecantikan iaitu lulur coklat yg sgt baik utk kulit.

  5. Coklat bibitkan rasa CINTA-Coklat jg mengandungi phenylethylamine yg berfungsi membantu penyerapkan dlm otak dan menghasilkan dopamine yg akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dpt menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan yg blh digunakan, mengapa coklat sering dijadikan hadiah tanda cinta.

  6. Coklat kaya vitamin-Coklat jg mengandungi beberapa vitamin yg berguna utk tubuh spt vitamin A,B1,C,D dan E. Selain itu coklat mengadungi zat dan khasiat makanan yg penting utk tubuh spt zat besi,kalium dan kalsium. Koko pula terdpt sumber magnesium semulajadi yg tinggi.

oleh itu amalkan makan coklat utk kesihatan tubuh kita.....sesuailah pd setiap pasangan kekasih spy hadiahkanlah coklat pd pasangan anda....

Thursday, August 13, 2009

JOM TEKA TEKI

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan“A”, ianyaberbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluarlembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terusmenjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secaraduduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempathendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakahsaya, okay?Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk sayaberdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awakteringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelasNescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akanmeleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awakhembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan olehCikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang danmasuk dengan lajunya.Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ thatmeans lot ofheat and excitement?Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ &if you dont getit you have to use your hand.Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some menthan on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wifeafter they are married?Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots ofveins and loves pumping?Abu: Heart

PETUA PERCINTAAN JARAK JAUH


- Percaya pada pasangan
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.
Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.
- Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.
Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.
Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?
- Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.
Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.
Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.
Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.
- Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.
Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
- Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.
Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.
Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.
Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.
Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.